Wednesday, October 13, 2010

Aiyaa..You Spin one ma?

Please don't spin fairy tales if you do not know head or tail..statement in Malay but I am sure you can understand if you call yourself Malaysian right!

ISU PEMBANGUNAN PANGKALAN UDARA KUALA LUMPUR (TUDM SG. BESI)


Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Dr. Haji Ismail Haji Ahmad telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Dalam jawapan bertulis YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen pada 11 Oktober 2010 berkenaan cadangan pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi, beliau telah menyatakan bahawa tiada Surat Tunjuk Niat (Letter of Intent) dikeluarkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.

Walau bagaimanapun, pihak-pihak tertentu telah mengaitkan jawapan bertulis tersebut dengan satu projek pembangunan yang berlainan, iaitu Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD).

Perlu saya perjelaskan di sini bahawa Pangkalan Udara Sungai Besi bukanlah tapak pembangunan KLIFD. KLIFD sebenarnya terletak di lokasi yang berlainan di Kuala Lumpur.

Oleh demikian tohmahan YB Tian Chua bahawa perjanjian strategik pembangunan KLIFD telah dimeterai sebelum Surat Tunjuk Niat dikeluarkan adalah tidak berasas sama sekali.




“TRANSFORMASI MELALUI INOVASI”

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
MINDEF
KUALA LUMPUR
13 OKT 2010 (7.00 petang)


Via http://mymil.forums2u.com/newspaper-ebook-and-website-f20/mpsanewspaper-t32-210.htm#35087

3 comments:

Tony Yew said...

Mumuchi,

Did I get your posting right or wrong?...LOL

Honestly, one can read it either way!

So who are you saying is spinning? TIan Chua od Zahid?

shahid said...

Orang PKR ni semua BODOH... dia orang tau nak buat gimik sahaja...cari publisiti murahan... macam anak DSAI yang pi cakap kat orang indon... kapal selam KD TAR tak boleh selam.... anda tak sedar bahawa anda memperlekahkan negara tanah tuimpah anda serta tentera yang bertungkus-lumus mempertahankan kedaulatan tanah air kita... janganlah kerana cita-cita nak nak merampas PUTRAJAYA keselamatan negara diperjudikan... fikir-fikirkan...

mumuchi said...

Well Tony I say you need to brush up on your Malay language if you need to ask.